Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, Julai 27, 2011

iStILaH

Beberapa istilah yang bukan baru tetapi dijangka membuatkan jiwa menjadi kacau dan  muka menjadi kelat minggu ini bagi diriku adalah seperti tersenarai di bawah:-

MQA
COPPA
COPPIA
TPA
TPSA
KJ
KP

... dan bermacam-macam lagi, yang akan membuatkan tak tenteram kalbu jadinya.

"Membujur Lalu Melintang Patah". Yah!!!! samangat Jebat atau Tuah yang akan menghidupkan semula Melayu Jati.

Selasa, Julai 05, 2011

Membina Kapal

Orang lain pegi belajar buat kapal layar mengambil masa setahun lamanya. Kapal yang dibina pastilah dapat terapung dilautan dan belayar dengan lancarnya. Penumpangnya juga pasti gembira kerana kapal yang dibina amatlah cantik dan teguh. Destinasi yang dituju juga pasti akan tiba dengan selamatnya.

Aku diajar membuat kapal yang sama dalam 4 jam, agaknya macamanalah  kapal yang akan disiapkan. Bolehkan kapal tu terapung dan belayar dilautan luas. Sampaikah penumpang-penumpanya ke destinasi yang ditetapkan.

Isnin, Julai 04, 2011

Petua Pergi Bekerja

Petua ini aku dapat daripada Yang Berbahagia Ustaz Ramli bin Shafiee masa dengar Kedah FM tadi.

Semasa perjalanan ke tempat kerja (pandu kereta/naik bas/jalan kaki atau apa sajalah) bacalah Surah AL-SYARH (Kelapangan - surah ke 94) sebanyak 6 kali.

Bila dah sampai ke tempat kerja semasa dah duduk bacalah Surah QURAISY (Suku Quraisy - surah ke 106) sebanyak 3 kali.

Utamakan 2 perkara bersama-sama rakan

Pertama - ucapkan Salam dan bertanyakan perkara yang baik.

Kedua - sentiasa berikan perngiktirafan pada rakan.

Sama-samalah kita amalkan perkara baik yang dianjurkan oleh Islam. Semoga mendapat keberkatan.

Jangan lupa ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Malam ini (Isnin malam Selasa) ada kelas Tajwid di Masjid Kampung Tradisi, Changlun selepas solat maghrib. Kelas dikendalikan oleh Ustaz Mokhtar Imam masjid UUM. Kelas ini diadakan 2 minggu sekali, minggu pertama dan keempat. Segalanya percuma.

Sabtu, Julai 02, 2011

Cuaca dan Jawatan

Keadaan cuaca hari ini dari pagi hingga tengahari kelihatan mentari memancarkan sinarnya, sempat untuk mengerikan pakaian yang dicuci awal pagi. Nampaknya cuaca sebelah petang berbeza sekali, nak kata hujan tak juga, cuma tidak kelihatan matahari, nak dikatakan berjerubu pun tak juga. Apa juga situasi semuanya adalah kebesaran Allah yang maha kaya dengan ilmuNya. Kita hanya insan kerdil.

Walau besar mana jawatan, pangkat, kedudukan dan juga anugerah yang dipegang, kita harus ingat bahawa ada lagi yang lebih berkuasa dari kita. Kadang-kadang kita sering lupa, bila dah berjawatan kita membuat keputusan yang mungkin menyebabkan orang lain menderita atau teraniaya tanpa kita sedari. Jawatan adalah satu amanah, ramai yang inginkan jawatan yang besar, sebesar-besarnya sehingga ke tahap yang paling tinggi. Kalau bekerja dengan kerajaan mungkin kita mengimpikan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Kalau dalam politik mungkin kita mahukan kedudukan yang paling tinggi jadi PM. Kalau di kampung mungkin mengimpikan jawatan sebagai Ketua Kampung. Kalau dalam kampus kita mengimpikan jawatan YDP. Tak kira apa pun kedudukan, jawatan yang diimpikan merupakan satu amanah, dan bila dah memengang amanah segala keputusan yang dibuat melibatkan orang lain perlu diteliti sehalus-halusnya, takut-takut mengainaya orang lain.