Sudi-sudilah klik kat sini

Sabtu, Mei 28, 2011

Sesat

Sesat boleh berlaku dalam banyak situasi. Ada orang yang sesat jalan ketika hendak menuju ke satu destinasi. Sekarang perkara ini dapat diatasi dengan mudah jika mempunyai GPS. Tapi tak semua orang ada alat ini. Bila dah bermula cuti sekolah ni tentu ramai yang nak pi makan kenduri kahwin, dan tentu ramai yang akan sesat jalan walaupun pada kad jemputan ada tertera pelan lokasi rumah pengantin.

Ada ajaran sesat, ini lagi satu masalah yang serius, yang peliknya ramai pula yang terpedaya dengan ajaran sesat ni, walaupun kadang-kadang jelas dan nyata tak betulnya. Minta dijauhkan oleh Allah dari kita terpedaya dengan ajaran sesat ini. Kembalilah kepada Sunnah dan AlQuran.

Ada yang sesat didalam hutan,  ini lagi satu masalah, kalau sesat dalam hutan macam-macam boleh jadi. Dalam hutan selalunya pokok-pokok adalah kelihatan semuanya sama. Kita ingat kita bergerak ke hadapan rupa-rupanya berpusing pada tempat yang sama. Kalau tak mau sesat begini pastikan masuk ke hutan secara berkumpulan dan mempunyai ilmu tentang pandu arah. Pastikan juga kita sentiasa mengingati bahawa Allah banyak-banyak.

Semoga kita semua tidak sesat, samada sesat jalan, sesat akidah dan sesat dalam hutan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Jadual kuliah Maghrib di Masjid Kampung Tradisi, Lembah Kriang, Changloon, Kedah.

Hari Jumaat Ustas Hasminuddin kelas Panduan Amalan Harian (Bidatul Hidayah - Permulaan Jalan Hidup)
Hari Sabtu Tuan Sheikh Naim - ManyaMusalli - Karangan Sheikh Daud bin Abdlullah Al Fatoni
Hari Isnin - Minggu pertama dan kedua - Kuliah Tajwid (Ustaz Mokhtar)
Hari Isnin - Minggu kedua dan ketiga - Kuliah Tafsir (Ustaz Zul Azri)
Hari Selasa - Kuliah Feqah - Ustaz Helmi
Hari Khamis - Bacaan Yasin

Datanglah beramai-ramai.

Jumaat, Mei 27, 2011

Kerja

Kerja..., kerja..., ada orang tepat pukul 5 dah balik dan ada yang pukul 7 malam belum balik lagi. Masing-masing ada tugas yang diselesaikan.

Ramai yang bercuti minggu depan, masa yang sesuai untuk cuti, anak-anak cuti sekolah. Inilah masanya untuk bersama mereka. Ada yang akan balik ke kampung bagi menziarahi mak dan ayah. Betapa bersarnya ganjaran  yang diperolehi dari menziarahi mak dan ayah, hanya Allah sahaja yang tahu.

Ada  yang tak dapat bercuti, macam-macam alasan dan sebab..., kerja belum habis, kena ganti tempat boss, kena pergi kursus dan sebagainya. Itulah kehidupan. Tak semua yang akan kita dapat. Nak dapat sesuatu mesti kena korbankan sesuatu.

Ada juga tugasan  yang perlu dilakukan oleh tenaga kerja yang sedikit, pihak yang memerintah selalunya buat macam ini, suruh orang bawah lakukan tugas yang besarrrrr tapi kakitangan tak cukup, nak tambah kedekut. Ada kerja  yang memerlukan peralatan  yang banyak, tapi bila kita minta untuk beli tak diluluskan, macamana nak buat kerja. Bila dalam meeting dia suruh kita guna juga sumber  yang ada. Kalau yang kreatif dan bertenaga bolehlah buat itu dan ini. Itupun bukanya dapat pujian pun dalam mesyuarat bedah siasat. Hampeh  pun tarakkk.

Seronoknya kalau tak perlu kerja tapi duit masuk tiap-tiap bulan. Alangkah bahagianya hidup ini.

Jumaat, Mei 20, 2011

Minggu Depan Tak Boleh Cuti

Isnin hingga Khamis 23 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011 cuti rehat dibekukan disebabkan oleh proses audit ISO oleh pihak Sirim, Memo Perhubungan Dalaman yang ditandatangani oleh TPA. Dulu anggota polis saja kita dengar cuti mereka dibekukan, sekarang kat tempat kerja aku pun kena beku cuti. Dulu kerja cikgu masa pelajar cuti boleh dapat cuti, sekarang masa cuti pun kena kerja, lepastu kena beku pula cuti apa boleh buat dah tandatangan opsyen.

Apa benda yang boleh dibekukan?,  makanan boleh dibekukan dengan cara memasukannya dalam peti sejuk dan diletakkan pada tempat pembekuan. Tujuanya kalau makanan ialah untuk disimpan dalam tempoh yang lama. Bila kita nak guna kita kena cairkanya semula.

Cuti yang dibekukan tak perlulah masuk dalam peti sejuk. Cuma perlu diarahkan sahaja oleh orang  yang berkuasa. Gamaknya samalah dengan peti sejuk kot. Walau apapun tak apalah, aku bukannya nak bercuti pada minggu depan pun, lagipun anak-anak bersekolah, kalau cuti pun bukan ada benda nak buat sangat.

Isnin, Mei 16, 2011

Hari Guru

Selamat Hari Guru, semoga semua guru-guru di Malaysia akan terus cemerlang mendidik anak bangsa. Kerjaya guru memang mencabar dan membanggakan, semoga semua ilmu baik yang dicurahkan akan diamalkan sehingga hari kiamat.

Dulu semasa mengajar kat sekolah, setiap 16 Mei akan menyambut hari guru, kini dah jadi Pensyarah mengajar kat Politeknik, tapi aku masih anggap diri aku ini adalah guru, sebab kerja tetap sama mengajar juga,  cuma tempat dan panggilan sahaja berbeza. Apa boleh buat dah ditakdirkan aku kena mengajar kat Politeknik. Tidak ada apa yang nak dibanggakan disebabkan oleh perbezaan panggilan dari Cikgu kepada Encik. Bagi aku sama saja. Yang penting aku mengajar apa saja Ilmu yang ada pada aku ni kepada orang lain.

Ada juga terima beberapa SMS dari rakan dan bekas pelajar yang mengucapkan selamat Hari Guru. Awal pagi lagi dah terima SMS dari teman sebilik semasa kat Maktab dulu mengucapkan selamat hari guru, terharu juga rasanya.

Nampaknya jadi pensyarah di Politeknik tak berpeluang untuk menyambut hari Pensyarah, ish ish kesiannya. Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk mendapatkan sesuatu, dan sudah semestinya jika kita inginkan sesuatu kita terpaksa buang  yang satu lagi, tak boleh dapat kedua-duanya. Contonya macam aku sekarang ini, nak jadi Cikgu atau Pensyarah, nak di panggil Encik atau Cikgu, nak duduk kat sekolah atau Politeknik...., sendiri fikirkanlah.

Khamis, Mei 05, 2011

Ada Duit

Sedang memandu sambil bersiar-siar dipetang hari yang permai di negeri tercinta ini terpandang satu papan tanda "Tanah Untuk Dijual". Cantiknya kawasan, berapalah agaknya harganya ye. Ish ish kalau aku ada banyak duit dalam bank pasti aku dah telepon nombor yang diterakan. Sayangnya duit yang ada dalam bank yang banyak-banyak tu tolak duit orang semua baki tu duit aku lah. Seronokya jadi orang ada banyak duit, kalau jumpa offer baik boleh tangkap.

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh dibuat pilihan, aku rasa semua orang tau, pertama kita boleh pinjam wang dari bank, tapi kalau nak pinjam pun mesti ada modal juga untuk dijadikan deposit, kalau setakat kosong je jangan harap tuan tanah tu nak layan.