Sudi-sudilah klik kat sini

Selasa, Ogos 24, 2010

Kerja

Awal bulan, akhir bulan dan pertengahan bulan. Bahagian manakah yang paling menyeronokkan. Mengikut ustaz yang bagi ceramah kat masjid mengatakan ramadan terbahagi kepada tiga, 10 yang pertama Rahmat, 10 yang kedua Keampunan dan 10 yang terakhir adalah Dijauhkan dari api neraka. Itu bulan ramadan semoga kita semua mendapat apa yang dihidangkan.

Awal bulan duit masih banyak, pertengahan bulan duit dah kurang, belanja pun perlahan saja, akhir bulan wow dapat gaji, masa  ini duit keluar macam air paip bomba yang dibuka, apa tidaknya. Bayar ansuran kereta, ansuran rumah, bil air, bil elektrik, bil telefon, bil astro, beli barang keperluan dapur, bayar tambang bas sekolah anak, bayar kredit kad dan bermacam-macam lagi. 80 % dari gaji akan  habis dalam beberapa hari saja. Agaknya itulah tujuan kita kerja, kerja dapat gaji lepastu bayar bil.

Kerja ni sebenarnya kena iklhas, macam aku contohnya, aku kerja mengajar, hari-hari aku mengajar, mengajar sampai pandai, sampai boleh buat, tak kira siapa budak tu, anak petani, anak penoreh, anak polis, anak datuk, anak cina, anak india dan ada yang aku tak tau pun anak siapa. Kalau tak pandai juga apa boleh buat. Kita cuma boleh berusaha dan berdoa hanya Allah sahaja yang berkuasa.

Setiap hari datang kerja kena "punch kad" balik pun "punch kad" [rakam waktu kedatangan dan balik]. Ketepatan masa amat penting, mesti datang sebelum jam lapan tak boleh lambat walau 3 minit, kalau lambat 3 kali dalam sebulan akan dapat kad baru [warna lain]. Macam kata Pengarah aku baru-baru ini, "lepas punch card baru "free" sebelum itu tidak...,". Bagus juga kata-kata dia ni, biar sesetengah orang tu sedar sikit yang kita ni kerja dengan orang bukan kerja sendiri, tak boleh buat sesuka hati sahaja.

Kalau kerja polis atau tentera siapa yang ada pangkat akan nampak dibahunya ada paku atau line. Kalau kerja macam aku ni tak la ada paku kat bahu. Tapi ramai orang nak naik pangkat, termasuklah aku. Mungkin bila pangkat dah tinggi masyuk pun lebih kot, bolehlah menarik napas lega setiap kali pertengahan bulan.

Tapi bagi aku pangkat ini satu amanah dari majikan kita, kalau kita ada pangkat tetapi kerja tak tera (setakat) mana pun tak bagus juga. Kalau jadi boss banyak perkara yang nak kena fikir dan laksanakan, keadilan, cekap, kebajikan orang bawahan, mesra, tegas dan macam-macam lagilah. Kalau opis tak ceria kena bagi ceria. Kena selalu senyum dan mesra dengan anak buah. Selalu bertanya khabar dengan anak buah, kalau ada peralatan yang tak berfungsi atau rosak perlu di baiki segera. Kalau ada anak buah ditimpa musibah kena bantu. Kalau jam tak betul kena betulkan. Huh banyak juga kalau nak disenaraikan. Semuanya baik-baik belaka.

Kepada semua kawan-kawan yang di validasi termasuk aku, akan memperolehi apa yang diidamkan. Rezeki itu datang dari Allah. Bukan dari makhluk.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Pemandangan Bumi Tercinta

Inilah bumi yang tercinta, pemandangan yang indah, mungkin kamera yang digunakan tak berapa canggih kot, gambar pun tak berapa cantik.

Ini pula gambar tengah membeli makanan kat kafe baru PTSS, apa boleh buat dah peraturan, mana ada keistimewaan, terpaksalah beratur besama-sama dengan student. Jangan haraplah nak dapat bayar dahulu, lama juga tunggu nak bayar 10 minit ada le, dah lah lapar. (gambar ini diambil sebelum bulan puasa).

Kalau pihak berkuasa tentu tak merasa suasana beratur seperti aku ini, sebab selalunya pihak yang berkuasa, atau yang berwajib atau pihak pentadbiran selalunya makanan telah dihidangkan atas meja dan mendapat layanan istimewa. Sebab itulah ramai yang berpusu-pusu hendak medapat tempat yang lebih tinggi, rupa-rupanya banyak keistimewaanya. Kenapalah aku tak terpikirkan ini semua. Ish-ish cobaan... Kalau asyik dok kat bawah, jadi kuli lah seumur hidup.

Cuba renungkan beberapa ungkapan dibawah.

Sebagai seorang pekerja....

Yang paling mengembirakan ialah bila dapat gaji.

Yang paling syok ialah tak buat kerja teruk-teruk pun dapat kenaikan gaji dan kenaikan pangkat

Bakat yang paling terer ialah "bodek boss"

Kesalahan paling besar ialah "bertentang pendapat dengan boss"

Yang paling-paling mengembirakan ialah menjadi boss kepada boss anda

Paling bijak ialah bila anda datang lewat tapi boss tak tau

Paling rugi ialah anda bekerja kuat tetapi yang dapat pujian adalah orang lain

Ini semua bukan pendapat aku, aku cilok daripada satu email yang aku terima. Bukan nak tunjuk apa-apa cuma sekadar catatan sahaja.

Rabu, Ogos 11, 2010

Untung

Siapa yang tidak mahu untung, tidak ada orang yang berniaga semata-mata untuk rugi. Setiap perniagaan mesti berobjektifkan keuntungan.  Berapa peratuskah (%) keuntungan seunit barang yang dijual.  Sebagai pembeli mungkin kita tidak pernah memikirkan perkara ini. Bagi kita asalkan kita dapat beli barang yang diidamkan dengan harga yang berpatutan sudahlah.  9 daripada 10 rezeki adalah dari perniagaan.

Selagi ada keuntungan selagi  itulah manusia akan berusaha untuk berniaga, dalam bulan ramadan ramai yang akan  berniaga. Setiap perniagaan pasti akan beroleh keuntungan. Ada yang berniaga barangan yang sah dan halal. Ada jua yang menjual barangan yang tidak pasti sah dan juga halalnya seperti menjual mercun yang diseludup. Barangan seperti mercun ni bukanya ada faedah, membazir dan menganggu ketenteraman  orang saja.(bising)

Selagi ada untung selagi itu manusia akan berjual, ada yang sanggup jual minyak petrol ke negara jiran, ada yang jual barang cetak rompak dan bermacam-macam lagi. Harap-harap mereka yang buat kerja tak senonoh ini cepat-cepatlah insaf dan bertaubat. Semoga negara kita akan dipenuhi mausia yang berniaga secara jujur.

Selamat berpuasa. Layarilah laman blog aku selalu http://www.taherkasa.blogspot.com/

Selasa, Ogos 10, 2010

Selasa, Ogos 03, 2010

Bahasa

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Aku bangga menjadi seorang Melayu yang mempunyai budi dan bahasa yang amat baik sekali. Aku juga bangga menjadi Rakyat Negara Malaysia yang aman dan damai. Semoga bangsa dan negaraku sentiasa dirahmati Allah, amin. Aku selalu menasihati pelajar dan juga diriku supaya mengubah fenomena "Janji Melayu". Inilah salah satu tabiat yang perlu diubah agar bangsaku bertambah maju dimasa hadapan.