Kebanyakan orang memang suka cakap berlapik, berkias atau tidak berterus terang, kenapa perkara begini berlaku dalam masyarakat kita (bangsa kita). Dari golongan atasan menteri hingga ke golongan bawahan ada saja yang tidak suka cakap berterus terang. Adakah ini memang budaya bangsa Melayu atau seluruh dunia berbudaya seperti ini.
Aku tahu orang kita kalau bab bercakap memang bersopan, lembut "Bahasa Budaya Bangsa". Tapi takkan semua cakap nak berlapik kot. Kalau orang politik bercakap berkias, atau berlapik mungkin itu salah satu perancangan dalam politik.
Kalau orang biasa macam aku cakap mesti tak berterus terang. Aku berazam lepas ini akan bekata yang sebenar terbuku dalam hati, bukan kata yes, tapi dalam kata no. Mungkin juga sikap penakut nak berterus terang ada dalam diri kita (aku).
2 ulasan:
Rasa mcm nak bersuara jugak..tapi apa kan daya...."EMPATI" kalau kurang ..mungkin tak bisa menjadi ketua.
bila terus terang ni kita...
tak sakit hati dah...
tak simpan dalam hati dah...
tak simpan dendam dah...
tak ngata kat belakang dah...
dan lain2 lagi...
cuma... mamputak orang kita terima budaya macam tu... lebih2 lagi dalam jabatan kerajaan... hmmm... paling kurang kena tukar kat tempat jin bertendang kut...
dulu masa keje ngan swasta... bila meeting semua orang "cakap lepas" tak simpan2 dah... straight to the point. so kena tahan telinga...gaduh pon pernah... mencarut jangan cakap ler.... tapi yang paling best, lepas jer meeting every thing bake to normal dan kerja jadi lebih kualiti...
amacam ada berannnn.... :)
Catat Ulasan