Indahnya mencapai kejayaan. Semua orang mahukan kejayaan, kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan mendapatkan diploma, ijazah, kejayaan membimbing keluarga, kejayaan mendapat pangkat besar dan bermacam-macam kejayaan yang ada dalam hidup kita.
Bagamanakah kejayaan itu diperolehi?. Jika seorang pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir, bagaimanakah ianya diperlolehi?. Adakah ianya hasil titik peluh yang bersungguh-sungguh, siang hari hadirkan diri ke kelas untuk mendapatkan ilmu, masa lapang dipenuhi dengan mentelaah atau membuat latihan yang bersungguh-sungguh. Insan begini yang kita harus tabik kepada mereka.
Bagimana pula dengan mereka yang menggunakan khidmat "kuasa ghaib/toyol" untuk mencapai kejayaan. Ini memang berlaku dan tidak dinafikan cuma kita tidak pernah bongkarkan atau dedahkan. Memang wujud tak kira jantina, berbagai-bagai kaedah yang mereka gunakan. Perlukan kita nyanyikan lagu biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Mereka ini tak rasa bersalah ke.
Bagaimana pula dengan kejayaan yang lebih besar. Ada orang yang mencapai kejayaan dengan memerah keringat orang lain, ini lagi amat-amat menyedihkan dan mendukacitakan. Memang berlaku dan sentiasa berlaku disekeliling kita. Apa nak buat, yang menjadi mangsa hanya menurut sahaja. Bagaikan kata pepatah orang tua-tua, seperti timun dengan durian. Timun golek pi kat durian kena duri, durian golek mai kat timun pun kena duri. Nak buat apa dah nasib badan. Durian memang tak reti rasa bersalah sebab dia buah, tapi orang yang jadi durian tu tak rasa bersalah ke.
Ada sebuah buku pernah menyatakan cara mudah nak jadi kaya. Satu daripada caranya ialah mintalah supaya anda dilahirkan dalam golongan kaya raya. Bolehkah kita minta untuk dilahirkan sedangkan kita dah dilahirkan.
Jadi berusahalah sendiri sehingga mencapai kejayaan, jangan duk menganiaya orang lain, biar ada sikit sifat malu dalam diri kita. Indahnya Mencapai Kejayaan. Dapatkan Yang Terbaik Dalam Hidup Anda. Anda Pasti Mencapainya.
2 ulasan:
betul tu en.taher...yg b'sungguh2 brusaha nak m'dptkan sesuatu tp x dpt pun..tp yg gn cr yg slh senang2 je dpt..mcm student la contohnya..yg gn toyol tue sng2 jer t'sengih dpt kptsan tp yg da cuba sbaik mgkin kdg2 x bernasib baik...kdg2 rs x adil pun ada...tp itu suma x m'jd masalah jnj diri kita tau kt da cuba sbaik mgkin..kejayaan akan dtg jgk 1 hari nnt..
Betul kata Durratul tu, semoga kejayaan dicapai.
Catat Ulasan