Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, September 23, 2009

Aktiviti malam raya






Kebiasaan bagi aku dan isteri pada malam raya ialah menyediakan ketupat pulut di balut dengan daun palas. Bagi orang sebelah utara memang tak sah kalau tak buat ketupat daun palas setiap kali hari raya. Nak buat ketupat ni bukanya susah sangat, yang penting "kalau kita ada kemahuan mesti ada jalan" kata pepatah orang tua-tua. Nak kata expert tu tak lah sangat tapi sekadar nak bagi anak-anak makan di hari raya.

Aku buat bukanya banyak sangat lebih kurang 1 1/2 kilo beras pulut saja. Kalau 1 1/2 kilo beras pulut aku guna 1 biji setengah santan kelapa. Kalau nak sedap kelapa kukur sendiri guna kukur nyior dirumah, lepas tu perah santan dengan tangan. Sukat santan sama banyak dengan pulut, masak santan bagi panas lepas tu masukan pulut, jangan lupa masuk garam secukup rasa. Apa lagi kacau la pulut tu dari masa ke semasa sampai kering, jangan le sampai masak. Kalau pulut jenis lembut jangan banyak sangat air nanti ketupat lembik.

Pulut yang telah dikacau tadi (pulut ni belum masak - mentah lagi) bagi sejuk sikit, lepas tu balut dengan daun palas, nak balut pun bukannya susah sangat, tapi kena belajar le. Nak ajar kat sini tak boleh la.

Bila dah siap balut, ketupat tadi mesti direbus dengan air dalam periuk. Masukan ketupat dalam periuk lepas tu masuk air bagi tenggelam sama paras, rebus sampai kering airnya. Seeloknya lapikkan bawah sebelah dalam periuk tadi dengan batang daun palas yang dipotong untuk mengelakan hangit. Bila air kering ada bunyi seperti minyak dimasak bercampur air, itu tandanya dah kering la tu.

Bagi aku ketupat ini sedap dimakan dengan gulai daging, masak gulai ni isteri aku yang buat, dia pakar bab masak kari.
Gambar kat atas tu sebelah aku sahaja, sebenarnya isteri aku ada disebelah dia pun sedang pulun membalut ketupat juga disamping menyediakan kari daging dan rendang ayam.

3 ulasan:

Syamilia berkata...

bila la nk boleh beraya mcm dulu kan...huhu...

IZZATUL HANIS AHMAD berkata...

en taher macam mengajar org buat ketupat pulak....bila nk buat open house ni!!! nk pegi

Taher Kasa berkata...

Izzatul Hanis Ahmd - dah memang kerja cikgu ngajar orang, dalam blog pun nak mengajar la juga. Mana tau ada yang tak reti buat ketupat boleh buat lepas ni.