Masa aku belajar dulu Teori Hieraki Maslow yang berbentuk Piramid adalah yang mudah diingat. Bagi aku teori ini mudah diingat sebab ianya memang berlaku kepada semua orang. Kalau tak salah aku teori ini di perkenalkan oleh Abraham H. Maslow dalam tahun 1954. Mengikut teori ini keperluan prima (bawah dan paling lebar) mesti dipenuhi dahulu sebelum naik keatas untuk memenuhi keperluan yang lain.
Keperluan Fisiologi, adalah keperluan paling asas seperti makan, minum, tidur dan lain-lain yang asaslah. Bila dah dapat yang ini orang akan bergerak pula keatas pula iaitu;
Keselamtan Diri, semua orang memerlukan persekitaran yang selamat dan terjamin. Seterusnya ialah;
Keperluan Sosial, bersosialah kita seperti kasih sayang, bermasyarakat, lepak kedai kopi, ajak geng main golf, memancing dan sebagainya, huh main golf...
Kerpluan Ego yang ini lain pula kot, bila dah dapat semua, teringin pula bagi orang lain respek kat kita, kononya kita ni dah terer lah..., pengalaman dah banyak...,
Seterusnya yang terakhir sekali Hasrat Diri.., yang ni yang paling tinggi sekali dan paling kecil pasai dia duduk kat atas dan muncungnya tajam sikit. Keperluan ini adalah keperluan individu untuk kesempurnaan diri sendiri.
Kalau dilihat disekeliling kita semuanya ada, semuanya berlaku. Memang betul apa yang dikatakan oleh si Maslow pada tahun 1954 tu dulu.
Pesoalanya penting yang ingin diajukan oleh aku dalam Teori Maslow ini adakah dalam mengejar segala impian kita, perlukah keringat orang lain di perah dan kepala orang lain dipijak dan dihenyak-henyak. Adaklah kita bangga jika apa yang kita capai dengan cara begitu.
Akhir sekali ada satu teka teki yang nak ditanya dan teka teki ini tidak ada kaitan dengan Maslow.
Apakah jawapan bagi soalan di bawah, jawapannya hanya satu sahaja.
1. Kenapa pencuri kena tangkap?
2. Kenapa ubi jadi kayu?
3. Kenapa gigi sakit?
Aku rasa ramai yang tahu jawapanya, jawapanya ialah kerana lambat cabut. Kalau masa remaja dahulu ada lagi satu soalan no 4., tapi aku tak mau masukan soalan itu di sini, sebab aku rasa aku bukan di tahap itu lagi, tak sesuai rasanya. Kenapa aku tanya teka-teki yang semua orang tau jawapanya ini, sebab aku sakit gigi, dan hari selasa lepas sebatang gigi aku telah dicabut oleh Tuan Dr. Gigi. Dah kena ambil balik satu nikmat yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa.
2 ulasan:
cara dan teknik utk ke atas tu sebenarnya memainkan peranan seseorang tu bila dia berada di atas nanti samada org di bawah akan membantu atau tidak. Kalau dia selalu bermuhasabah, mungkin dia akan tahu nanti.
alladiin - selalunya orang yang membantu ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja.
Catat Ulasan