Sebenarnya tujuan aku menulis hari ini nak menyatakan keistimewaan yang aku rasa aku perolehi ditempat yang aku diam sekarang ini. Tempat kerja aku ini sebenarnya besempadan dengan negeri Kedah. Aku bekerja kat Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Arau, Perlis (PTSS). Letaknya memang betul-betul ditepi sempadan negeri Kedah. Kalau masuk melalui Google Earth atau Google Map kedudukannya ialah 6 darjah 26.55.17 N / 100 darjah 20.29.29 E. Bukan main detail lagi nak bagitau kedudukan. PTSS nama singkatan diberi yang bakal bersaing dan terkenal seperti PUO (Politeknik Ungku Omar).
Aku tinggal di negeri Kedah lebih kurang 12 km dari tempat kerja aku. Keistimewaan yang aku nak nyatakan (istemewa bagi aku, bagi orang lain mungkin tidak kot) ialah>-
- Aku bersarapan di Kedah, makan tengahari di Perlis.
- Aku boleh makan malam di Perlis tetapi tidur di Kedah.
- Satu ketika dahulu aku boleh berurusan dengan Pejabat POS tujuh hari seminggu. Sebab hari Ahad pejabat POS di kedah dibuka hari Jumaat tutup. Di Perlis hari Ahad tutup hari Jumaat buka, begitu juga pejabat yang lain seperti Tabung Haji. Sekarang hari Sabtu semua tutup.
- Bank kat kedah ditutup pada hari Jumaat.
- Aku pernah pergi satu kedai gunting rambut yang terletak di Kodiang, Kedah. Kata pemilik kedai itu bila masuk dalam kedai dia aku berada di Kedah, bila keluar kat luar tu Perlis. Aku juga pernah terbaca dalam akhbar ada orang yang ruang tamu rumah dia negeri Melaka, dapur Negeri Sembilan.
Cuma aku sedih sikit bila terpandangkan gambar bendera Malaysia yang sempat aku rakamkan di satu tempat (rahsia) dah terlalu usang sangat. Sebenarnya banyak lagi tempat yang dengan mudah kita lihat pemandangan seperti ini, bagi orang yang suka pandang ke atas la. Kekadang ada juga permandangan bendera usang ini boleh dilihat di bangunan Sekolah dan Pejabat. Kalau dah tau usang tu turunkanlah kalau tak mampu beli yang baru. Adakah perkara ini boleh dianggap remeh??... Cuba kita fikir dan renungkan sejenak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan