Belajar Matematik
Semalam dapat email dari seorang kawan bertajuk "Beauty of Mathematic", bagus juga antaranya yang pernah aku dengar sebelum ini ialah tentang uniknya angka sembilan "9"
9 x 1 = 9
9 x 2 = 18 -- 1 + 8 = 9
9 x 3 = 27 -- 2 + 7 = 9
9 x 4 = 36 -- 3 + 6 = 9
begitulah seterusnya hasil darab sembilan jika ditambakan 2 angka itu akan menjadi sembilan juga.
Yang di bawah ini aku ambil dari email kawan aku tu.
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Sekarang kita cuba darab angka di bawah, tapi angka ini tidak berkaitan dengan angka sembilan la.
5567 x RM2.00 = RM11,134.00
1000 x RM2.50 = RM 2,500.00
RM11,134.00 + RM2,500.00 = RM13,634.00
Pandai!!
Sekarang kita belajar Bahasa pula
Mari kita mengenali perkataan "SULIT". Apakah maksud sulit. Satahu akau sulit adalah sesuatu yang perlu di sembunyikan, tak boleh bagi orang tengok sewenang-wenangnya. Jika kita ada perkara yang sulit kita mesti sebunyikan sebabitulah kita pakai baju. Begitu juga jika sesuatu dokumen itu sulit kita mesti mejaganya supaya ianya tidak terdedah dan dapat di "akses" oleh orang lain.
Mari kita kenali pula perkaan "JAGA". Jika ditambah imbuhan ber maka ia akan menjadi berjaga. Jaga lawanya tidur, betul tak.
Tamatlah sesi pembelajaran kita hari ini. Semoga berjumpa lagi.
Sudi-sudilah klik kat sini
Rabu, April 29, 2009
Selasa, April 21, 2009
Harum Manis
Gerai Mempelam Kampung Hulu Pauh Lebuhraya Changlun Kuala Perlis
Gambar buah pelam tak ada pokok pelam pun jadi lah.
Musim buah mempelam/mangga datang lagi. Kalau diikutkan bermula Mac dan berakhir Julai, tetapi masa sekarang lah tengah jenuh buah mempelam di Perlis yang Indah lagi Permai ini. Terdapat bermacam-macam jenis mempelam yang ada seperti , Cokanan, Harum Manis, Sala, Thong Dam (Emas Hitam), Siku Raja dan tah apa-apa lagi.
Ada yang memang buah tempatan dan ada juga buah yang di import dari Thailand. Susah juga nak bezakan yang mana satu tempatan (local) dan yang mana satu made in Thailand, yang pasti Perlis adalah negeri yang mengeluarkan mempelam harum manis.
Ada yang jual harum manis sampai RM12 sekilo, ada sesetengah tempat boleh dapat RM8 atau RM6 sekilo. Bergantung kepada tempat kita beli. Kalau pi beli kat ladang mungkin dapat harga murah. Kalau datang Perlis pi la beli kat Jabatan Pertanian punya ladang. Lokasi tak jauh dari bandar Kangar lebih kurang 10 KM sahaja. Terletak di jalan ke Sungai Batu Pahat, tak jauh dari Taman Ular dan Lapang Sasar Genting Kabu.
Kat sana juga ada jual pulut mempelam. Kalau yang teringin nak cuba boleh le singgah. Pekena sorang sepinggan pulut dengan mempelam dan jus mempelam. Sekali rasa mesti teringat nak datang lagi. Tapi kalau nak jimat masa balik tu boleh le beli beberapa kilo mempelam dan juga beberapa kilo beras pulut dan balik tanak sendiri.
Cara nak kukus pulut senang saja.
Rendam pulut semalaman bagi dia kembang, ada petua suruh masukkan asam keping semasa rendam bagi menjadikan pulut lebih berkilat. Jangan lupa keluarkan asam keping masa nak kukus.
Panaskan air dalam periuk kukus sampai mendidih dahulu, lepas tu baru masukan beras pulut.
Bila dah masak baru masukan santan dan kacau. Sebelum tu perah santan dulu dapatkan santan pekat, nak elok lagi perah dengan air suam supaya tak cepat basi.
Kalau malas nak kukus tanak pun boleh, caranya sukat santan sama banyak dengan pulut, masak santan tadi sampai mendidih lepas tu masukkan pulut, kacau sampai kering dan tutup tudung periuk dan kecilkan api. Tunggu sampai masak.
Bila dah masak tunggu apa lagi kupas le mempelam dan makanlah sepuas-puas dengan pulut tadi.
Diantara mempelam yang sesuai di makan dengan pulut ni ialah Harum Manis, Thong Dham dan Chokanan. Kalau pelam sala tak berapa kick. Kalau tak ada mempelam durian pun boleh juga.
PERLIS PERMAI LAGI MEMPESONA
Rabu, April 15, 2009
Burung Yang Berterbangan
Waktu hujan lebat, burung-burung layang-layang nampaknya gembira bermandi-manda. Lepas terbang ramai-ramai maka burung ini akan lepak kat tepi-tepi bangunan.
Burung layang-layang ini memang banyak di kawasan aku ini, mungkin mereka telah lama menetap di sini dan mungkin lebih lama dari aku. 16 April 2009 ni genap 5 tahun aku berkhidmat di PTSS. Terasa cepat masa berlalu. 1 Julai 2004 mula berpindah masuk ke PTSS, kuarters NO 1.6 Blok D1
Syukur kepada Allah, kerja kat PTSS ni ada disediakan kuarters, cuma tinggal kat Ulu Pauh ni sekolah anak-anak jauh sikit lebih kurang 11 km dan seperti yang diperkatakan dalam paparan terdahulu tak perkhidmatan bas sekolah kat sini. Masa harga minyak naik dulu pening juga kepala memikirkan belanja minyak setiap bulan.
Kepada yang baru masuk (baru daftar diri di PTSS) lagi best, masuk je terus buat laporan kerosakan dan kerosakan terus dibaiki. Harap-harap kerja pun mesti tip top jugalah, kenalah didik anak-anak bangsa dengan penuh dedikasi. Jangan marah sikit kat pelajar dah nak tendang pintu bilik kelas.
Rabu, April 01, 2009
Konvokesyen PTSS Kali Ke 3
Selamat Kembali Ke PTSS
bagi menghadiri Istiadat KONVOKESYEN
Khusus untuk Graduan Diploma Sains Kesetiausahaan
"Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain" mungkin pepatah melayu yang dinyatakan ini boleh dijadikan pemulaan blog aku hari ini. Marilah kita sama-sama lihat tempat bermulanya sebahagian dari apa yang anda kecapi sekarang ini wahai Graduan DSK.
Bersyukurlah kepada ALLAH dengan apa yang kita kecapi, ingatlah selalu kepada yang lebih berkuasa dan telah memberikan kita rezeki yang tidak terhingga. Bersyukurlah kepadaNya dan taatilah perintahNya.
Kenanglah jasa Ibu dan Bapa, begitu juga guru-guru yang mula-mula mengajar kita mengenal huruf hinggakan kita telah dapat menjelajah dunia yang tidak bersempadan ini.
Jika ada kesempatan luangkan sedikit masa menyapa dan memberi salam kepada mereka-mereka yang telah membantu kita mencapai kejayaan. Ingat hidup ini hanya sementara.
Berhati-hati bagi yang memandu. Semoga selamat sampai ke Ulu Pauh dan selamat kembali ke tempat bertugas.
Langgan:
Catatan (Atom)