Sudi-sudilah klik kat sini

Ahad, Disember 14, 2008

Kemanakah Pendapatan Anda

Kerja ---> Gaji ------> Habis-> Belanja

Berapakah pendapatan anda sebulan RM700, RM1000, RM1500, RM2000 atau lebih. Apakah yang anda lakukan dengan duit yang halal yang diperolehi hasil dari titik peluh sendiri. Mungkin senarai di bawah menepati apa yang anda belanjakan:-

  • Sewa Rumah
  • Bayar Bil (elektrik, telefon, air, astro, streamyx dan bermacam-macam lagi)
  • Tambang bas (kalau naik bas)
  • Ansuran kereta (yang dah beli kereta)
  • Hantar balik kampung (jangan lupa)
  • Beli baju, pakaian, mekap dan lain (shoping)
  • KWSP (terpaksa)
  • Simpan (kalau ada lebih)

Takaful (Insuran) ini perkara yang tidak di ambil berat oleh anda. Mungkin tidak terfikir langsung atau pernah dengar tapi tak peduli tentang kepentingannya. Apakah Takful ini ???, penting sangatkah ia. Kenapa perlu kita ambil.

Memang Penting.

Takaful adalah perlindungan dan simpanan. Dua perkara yang digabungkan dalam satu.

Perlindungan ???? apa yang dilindungi. Persoalan yang menarik untuk difikirkan sejenak. Setiap bulan bagi anak yang sentiasa mengingati ayah dan ibu kat kampung mesti anda akan mengirimkan sedikit wang kat mereka. Bayangkan jika berlaku sesuatu kepada anda (umur tak panjang, dijemput oleh Allah terlebih dahulu) mesti dah tak boleh nak hantar dah lagi duit kat kampung. Ini yang di maksudkan dengan perlindungan, jika anda pergi dahulu sekurang-kurangnya ada lah sedikit pampasan yang dapat dituntut oleh keluarga kita. Kita pergi dengan aman. Kita bukanya nak ganti nyawa kita dengan duit, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat hidup dengan aman sebab kita dah ada persediaan awal.

Samalah juga jika berlaku keilatan kekal kepada kita (kelilatan kekal ni mengikut istilah insurans ialah putus kedua-dua belah tangan sampai paras bahu atau putus satu tangan dan satu kaki - kena rujuk dalam kontrak) masa tu kita dah tak boleh buat kerja, kalau ada perlindungan takaful bermakna ada lah sedikit wang untuk kita gunakan.

Takaful juga menawarkan kepada kita manfaat ideminti akibat kemalangan.

Takaful juga menawarkan manfaat akibat penyakit kritikal.

Takaful juga menawarkan kad rawatan hospital.

Semua yang ditawarkan diatas adalah memerlukan sedikit sumbangan (simpanan) yang perlu kita keluarkan dari pendapatan bulanan kita. Kalau kita tidak ambil sedikit daripada pendapatan bulanan untuk takaful maka kita tidak adalah perlindungan yang dinyatakan tadi.

Berapa banyak yang perlu kita sumbangkan (simpan) untuk manfaat diri sendiri ini???. Ini bergantung kepada berapa bayak yang kita inginkan sebagai perlindungan, kalau nak banyak kena simpan banyak. RM135 sebulan rasa-rasa tak lah banyak sangat. RM135 tu kalau pi shoping sat saja habis.

Jadi mulai dari saat ini apa salahnya kita ambil sedikit dari pendapatan kita (simpan) untuk sumbangan takaful.

Jangan bimbang segala sumbangan (simpanan) yang kita buat tidak akan hangus, bila sampai tarikh matang (ini istilah takaful maksudnya bila dah sampai tempoh tertentu yang kita tetapkan) segala yang kita simpan akan dapat kepada kita balik termasuk keuntungan (kalau belum mati). Inilah yang dimaksudkan dengan simpanan dan perlindungan.

Untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut sila hubungi saya dengan segera.

0194516019

taherkasa@hotmail.com

Dapatkan perlindungan RM60K dari simpanan RM135 sebulan (umur peserta 20 tahun dan tempoh perlindungan 37 tahun keatas - anggaran sahaja)

Sabtu, November 22, 2008

TABUNG PENDIDIKAN ANAK ANDA

SIAPAKAH YANG AKAN MEMBIAYAI PENDIDIKAN ANAK ANDA?????

Anda sepatutnya mempunyai perancangan pembiayaan pendidikan anak ketika masih dalam kandungan lagi, atau sehari selepas ianya dilahirkan.

Takaful SARJANA eTiQa merupakan satu pilihan yang tepat bagi anda.

Mengapa Sekarang
  1. Kemungkinan kita pergi dahulu sebelum anak melangkah masuk ke U

  2. Meminjam atau mengharapkan biasiswa pada masa akan datang merupakan satu perkara yang mungkin mustahil.

  3. Kos bayaran balik pinjaman mungkin amat membebankan pada masa akan datang.

Dengan Takaful Sarjana anda mendapat manfaat

Manfaat perlindungan

  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melaikan tabungan tambahan akan dilunakan sehingga tarikh matan, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.

  • Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontark ini akan membayarr Manfaat Perlindungan beserta Akaun Peserta dan keuntungnnya yang terkumpul.

  • Sekiranya berlaku keilatan keatas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan

Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahuluaan biaya penididikan.

Manfaat Matang

Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

*Penting - fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas sahaja untuk tujuan pemasaran. Maklumat dan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan akan dinyakatan dalam kontrak sebenar.

TAKAFUL adalah satu skim yang berlandaskan semangat bantu membantu, perpaduan dan persaudaraan. Peserta adalah bersepakat untuk memberi bantuan kewangan sekiranyga ada mana-mana peserta ditimpa musihbah seperti yang ditetapkan.

Anak merupakan amanah, kitalah yang akan menetukan masa hadapan mereka. Menyokong impian anak-anak merupakan tanggungjawab kita.

Saya sedia membantu merancang Pelan Tabungan Takaful Pendidikan anak anda.


Hubungi saya di talian


019-4156017


atau email


taherkasa@hotmail.com


Mohamad Taher bin Kasa

Rabu, Oktober 22, 2008

Menyimpan/Menabung

Kenapa perlu menyimpan? Persoalan yang agak menarik untuk dijawab. Persoalan yang perlu dijawab oleh insan-insan yang dah berpendapatan (yang dah kerja le). Tetapi kalau di imbau kembali zaman persekolahan dulu kita menyimpan juga, masa itu kita menyimpan mungkin ada sebab, mungkin sebab nak dapatkan sesuatu contohnya nak beli mainan.

Bila dah bekerja dan berpendapatan tetap, menyimpan sebahagian dari pendapatan adalah amat-amat perlu, tidak boleh diabaikan. Bayangkan jika sebulan gaji RM1800 habis dibelanjakan, satu sen pun tidak disimpan.

Menyimpan ini penting untuk menghadapi masa depan yang tidak kita jangkakan, sapa boleh ramal masa depan?. Esok lusa tak tau apa nak jadi pada kita, mungkin masih sihat, atau jatuh sakit ataupun dah dijemput oleh yang maha Esa. Kalau dah dijemput oleh yang maha Esa, yang penting hanya bekalan amal sajalah, simpanan tak perlu dah kot. Tapi kalau sakit atau kesesakan kewangan, maka simpananlah yang boleh membantu kita. Takkan nak cari kat Along kot.

Cukup untuk hari ini. Jangan lupa hubungi saya (wakil etiqa) ntuk rundingan percuma tentang bagaimana nak menyimpan atau meyelamatkan sebahagian dari pendapatan anda. Email taherkasa@hotmail.com

Ahad, Oktober 19, 2008

Perbelanjaan Ke Universiti

Kalau di renungkan nilai duit semakin kecil, kalau dulu nasi lemak boleh di beli dengan harga 3 sen (tahun 1960an - mengikut cerita orang tua-tua le) sekarang nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang dah berharga 60 sen sebungkus.

Agaknya berapakah belanja untuk masuk ke Universiti tahun ini, tahun depan dan beberapa tahun akan datang. Kalau yang baru ada anak berumur 1 tahun, mungkin 18 tahun akan datang anak tu nak masuk Universiti. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mesti ada persediaan itu. Ada dua pilihan:-

Pertama :

Tunggu sampai anak tu dah cukup umur untuk masuk U dan segala perbelanjaan kita pinjam kat bank, tabung pendidikan atau yayasan. Pinjam dulu lepas tu bayar.

Kedua :

Kita simpan dari sekarang, boleh simpan dalam PTPTN atau dalam Etiqa Takaful (aku Ejen). Kalau dalam Etiqa Takaful ada kelebihan. Kelebihannya ialah selain simpanan anda juga mendapat perlindungan. Perlindungan yang boleh diperlolehi jika kita menyertainya (kena ada sumbangan) ialah sekiranya pembayar meninggal, maka sumbangan akan diteruskan oleh pengendali, diteruskan (diulang). Jadi pembayar boleh pergi dengan aman. Peserta juga dilindungi dengan perlindungan lain seperti elaun kemasukan ke hospital.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kita harus memikirkan masa depan kita dan anak-anak kita.

Masa depan kita ialah - kalau tak simpan mulai sekarang, bila anak nak masuk universiti nanti teruk le nak mencari, kalau dah ada simpanan lega la sikit.

Masa depan anak-anak - itu sudah semestinya kita fikirkan. Kalau tidak buat apa nak beranak. Sebab mereka adalah amanah bagi kita, kita yang nak mencorakkanya. Nak bagi jadi hitam ke, kelabu ke atau tak berwarna.

Langkah seterusnya mudah sahaja, hubungi la aku segera. Email taherkasa@hotmail.com atau taherkasa@gmail.com

Sabtu, Oktober 18, 2008

Salam Perkenalan - Takaful

Takaful


Takaful adalah satu skim yang berlandaskan semangat tolong menolong, bantu membantu perpaduan dan persaudaraan. Peserta yang menyertai takaful besepakat untuk memberi bantuan kewangan sekiranya ada mana-mana peserta ditimpa musibah seperti yang telah dipersetujui. Ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggun oleh sesama kita jika ditimpa musibah.

Harus diingat bahawa tidak ada kaedah didunia ini yang boleh menyelesaikan 100% musibah yang kemungkinan bakal di hadapi, tatapi hanya sekadar meringankan sahaja. Adalah penting bagi kita untuk bersedia menghadapi kemungkinan yang entah bila akan menimpa kita. Pepatah mengatakan "malang tidak berbau". Sekurang-kurangnya kita dah bersedia untuk menghadapinya. Fikirkanlah.

Carilah yang halal lagi suci.