Sudi-sudilah klik kat sini

Jumaat, Mac 07, 2014

Berapa Lama Lagi

Masih disini, siapa punya. Siapa nak simpan. Aktiviti siapa yang terakhir guna benda ini. 

Lokasi diantara bangunan Pentadbiran dan Jabatan Perdagangan.


Kita tengok berapa lama lagi akan berada di sini.




Serabut

Dalam menjalankan tugas banyak perkara yang boleh menyebabkan kepala jadi serabut. Kalau rakan setempat bekerja asyik membebel dan menceritakan masalahnya setiap pagi tak pasal-pasal kepala orang lain juga boleh menjadi serabut.Pejabat jenis terbuka memang mempunyai banyak kebaikan. Tetapi yang menjadi keburukan ialah bila ada rakan yang bawa masalah dari rumah, masalah dalam menyelesaikan kerja ke pejabat. Walaupun masalah tu tak dibawa dalam bentuk yang boleh di tanggung dalam guni cuma sekadar membebel saja pun dah dapat membuatkan orang lain juga serabut.

Serabut, serabut, serabut.

Kalau ada masalah elok pi jumpa kaunselor.

Rabu, Mac 05, 2014

Sampai Bila Akan Berada Disini

Mudah untuk berkata, mudah juga untuk mengambil gambar. Sampai bila akan berada di sini. Siapa yang perlu mengambil tindakan. Adakah tugas yang berstatus 52, 48, 44, 41, 29 dan seterusnya. Ini semua mencacatkan penglihatan dan menggambarkan bahawa ada orang yang tidak menjalankan tugas mereka.

Gambar dirakam di tangga ke JTMK



Sabtu, Mac 01, 2014

1 Mac 2014

Kenduri kahwin. Datang awal, makanan masih panas, tuan rumah masih ceria, parking mudah, pengantin baru sampai. Yang penting setiap panggilan wajib di hadiri. Selamat menyambut menantu baru Puan Rashadah (Pegawai Eksekutif Tertinggi PTSS).



Balik singgah di Bandar Di Raja, Arau. Stesen keretapi baharu, sayang yang lama dirobohkan, tiada lagi peningalan zaman dahulu.