Tengahari tadi makan di Kafetaria baru asrama, baru dibuka, sebelum ini ramaddhan hanya dibuka waktu malam. Makanan yang dijual bagus, menarik dan sedap. Cuma harga agak mahal sedikit, aku makan nasi putih lauk daging dan seketul ikan asam pedas, isteri ambil daging dan sayur terung, minum air suam dan teh ais, semuanya RM11.40.
Masa nak bayar beratur lama juga lebih kurang 5 minit, mungkin jurukira masih baru. Itu pengalaman pertama kat kafe baru sebelah asrama lelaki, esok insyaAllah nak pi kafe yang satu lagi pula dan nak bawa kamera sekali.
Sudi-sudilah klik kat sini
Selasa, Ogos 28, 2012
Isnin, Ogos 20, 2012
Selamat Hari Raya
Hari ini 20 Ogos 2012 bersamaan 2 Syawal 1433 Hijrah, hari raya yang kedua, lama juga tak menulis dalam blog Indahnya Mencapai Kejayaan ini. Dari apa yang dipelajari melalui ustaz di kuliah-kuliah, Ramadhan merupakan madrasah untuk kita belajar membetulkan diri kita agar lebih mendalami lagi konsep Takwa, dan sekiranya kita benar-benar belajar dalam kuliah Ramadhan maka 1 Shawal merupakan hari Konvokesyen. Sebab itulah kita kena pakai baju baru menyambutnya.
Kalau di Universiti dulu bila habis belajar, time konvo kita sanggup pakai baju baru pakai jubah dan "topi" kemajlis yang sungguh istimewa, rupa-rupanya dalam islam kita konvo tiap-tiap tahun. Cuma selepas Ramadhan kita kena nilai diri kita sendiri sama ada kita dapat 4 flat, kelas pertama, kelas kedua atas atau bawah. Kalau lepas ramadhan masih macam dulu juga, hari-hari dok mengata boss, hari-hari mata dok tengok maksiat, hari-hari dok dengar perkara yang melekakan, hari-hari kaki tak teringin melangkah ke Masjid untuk solat jamaah atau kekuliah agama, tidak ada maknanya Ramadan yang kita masuk kuliah dahulu. Maha Suci Allah, Allah jadikan segalanya untuk kita ke tidak masuk dalam Neraka.
Berazamlah kita (kita ni termasuk aku sekali lah) untuk lebih bertakwa (takut kepada Allah). Azam yang patut kita capai ialah solat berjamaah, memelihara mata, lisan dan telinga dari melakukan maksiat. Mendalami Ilmu untuk ke Akhirat yang kekal. Semoga Allah mengizinkannya. Semoga Allah merahmati segala pekerjaan kita. Amin.

Langgan:
Catatan (Atom)