Agaknya berapa banyak RM yang dihantar balik oleh seorang pendatang kenegara mereka setiap bulan?. Aku ada tanya seorang warga Kembodia, katanya setiap bulan dia menghantar sebanyak RM600. Berapa jumlah jika ditukar kepada wang negara mereka. Mengikut kadar tukaran hari ini RM1 sama dengan KHR1354.3754 (Cambodia Riel) kalau RM600 sama dengan KHR 812,625.2505 wow banyak juga tu.
Kadar tukaran RM dengan IDR (Rupiah Indonesia) RM1 = IDR 2880.7615, kalau RM600 = IDR 1,728,456.9138. Dah boleh jadi jutawan.
Kadar tukaran USD dengan RM hari ini ialah RM1 = USD 0.334 atau USD 1 = RM 2.994.
Selain dari duit apa lagi yang akan dibawa kenegara Pendatang ini, mungkin Bahasa Kita, Anak Gadis Kita. Mungkin satu hari nanti Bahasa Melayu akan digunakan di negara-negara seperti Bangladesh, Kambodia, Viatnam dan Pakistan.
Banyak yang dapat digunakan dari pendapatan yang diperlolehi di negara kita ini. Dari wang itulah mereka dapat mendirikan rumah-rumah yang baik. Aku kat sini kena beli rumah yang harganya hampir RM2K. Itupun kena bayar sampai lepas pencen.
Sudi-sudilah klik kat sini
Isnin, April 25, 2011
Ahad, April 24, 2011
Lama Tidak Membuat Catatan
Tengelam timbul jadinya sekarang ini, kenapa ? dan mengapa? ada soalan dan ada banyak jawapan. Malas, tiada masa, tiada bahan dan tak ada apa yang nak di tuliskan. Sebenarnya banyak juga yang nak di tuliskan, ada blog ni bagus juga, kalau ada apa-apa yang nak diluahkan boleh dibuat disini. Kalau ada berita menarik nak dituliskan (macam pemberita pula) boleh dituliskan disini. Kalau geram kat sesaorang disini juga diluahkan. Kalau tak ada apa-apa pun disini juga boleh katakan, dah kalu tak ada apa-apa, nak tulis apa, itulah jawapanya.
Sebernarnya aku teringin nak menceritakan perihal pengaut keuntungan, penyelewengan yang dilakukan oleh pencuri minyak yang dilakukan ditempat aku ni. Mereka ini bukan curi minyak sebenarnya mencuri wang kita semua. Bayangkan sebuah kereta biasa yang cerminya gelap dibahagian belakang dan bila dilihat ditempat duduk belakang ada tong drum yang besar. Tong ini aku lihat sendiri bila lalu ditepi kereta itu. Rupa-rupanya mereka melakukan aktiviti membeli minyak dalam kuantiti yang banyak, nak buat apa dengan minyak yang diisi dalam tong tu, tak taulah, memang ada dengar cerita apa yang mereka buat seterunya pada minyak itu, tapi aku tak nak ceritalah pasai aku pun dengar cerita saja. Tapi tong dalam kereta dan perbuatan membeli minyak tu memang aku nampak dengan mata aku sendiri.
Kta semua sepatutnya bersatu untuk menghalang aktiviti seperti ini, bayangkanlah berapa banyak duit kita yang terlepas ke tangangan mereka yang sepatut memilikinya. Kalau dihitung duit-duit subsidi yang terlepas ketangan pe*jena**h ni berapa banyak agaknya sehari-hari. Alangkah elok kalau duit itu kita berikan kepada rakyat kita yang miskin, ataupun kita buat rumah bagi orang-orang yang masih tidak mempunyai rumah.
Saranan aku semua orang mesti bekerja sama, pengusaha kedai minyak mesti jujur, jangan jual minyak kepada mereka, pe*jena**h mesti hentikan kegiatan ini, cikgu sekolah mesti mendidik pelajar mereka agar tidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan negara, ibu bapa mesti memastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti yang salah, penguatkuasa mesti memastikan tugas dijalan dengan jujur dan amanah.
Ini cuma luahan hati aku yang jujur agar negara kita tidak kerugian dan semua rakyat negara kita yang hidup aman dan damai selama ini terus menikmati apa yang sepatutnya.

Langgan:
Catatan (Atom)