Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, Mac 26, 2009

Kebajikan

Kebajikan perkataan yang amat dalam maknanya kali ini. Ada kementerian yang dinamakan Kementerian Kebajikan Masyarakat (dulu) sekarang nama apa tah, aku pun tak pasti. Aku bukan nak cerita tentang kementerian tu.

Indahnya negeri Perlis yang permai lagi mempersona. Ulu Pauh, sebuah perkampungan yang memang dahulunya ulu. Pagi-pagi dah kena hantar anak ke sekolah lebih kurang 11 km dari rumah, pergi dan balik kira 22 km. Kalau satu hari 3 kali bermakna dah lebih kurang 66 km sehari. Boleh tahan juga tu. Kalau 1 km minyak 20 sen dah berapa satu hari. Apa boleh buat dah tanggungjawab ibu bapa bila dah ada anak mesti beri pendidikan, jauh atau dekat mesti kena hantar le.



Permulaan Perjalanan Kesekolah (0720 pagi). Abang yang sulong (Firdaus) dah dalam kereta, Yul masih lagi makan roti dan Addin apa tah yang di fikirkan melihat abangnya. Kat belakang matahari baru nak terbit.



Kalau anak-anak angkatan tentera mereka boleh naik trak (feri), seronok juga jadi anak askar. Tetapi kerja askar memang tak menentu masa mereka berada dirumah, kekadang masuk hutan sampai 3 bulan nak jaga keamanan kita semua, wajarlah anak-anak mereka mendapat keistimewaan itu.



Satu perkara yang istimewa berada di Arau ni ialahlah "tidak ada bas sekolah/kurang". Tidak ada perkhidmatan bas sekolah, bukan tak ada langsung. Sepanjang aku menghantar anak ke sekolah tak pernah aku nampak bas sekolah yang warna oren tu. (Kalau usahawan ini satu idea yang bagus - "masalah merupakan satu peluang kepada usahawan).

Harap-harap akan ada usahawan yang akan muncul selepas ini memberikan perkhidmatan kepada kami yang berada di Ulu Pauh ini. Macam kata seorang pensyarah akau masa kat Universiti dahulu "Orang buka kilang roti bukan bertujuan nak bagi orang makan tapi mendapatkan keuntungan dari perniagaan roti". Sebab itulah aku mulakan blog aku hari ini dengan perkataan "Kebajikan".

Janga lupa untuk ke kedai ecom saya http://www.cantikbergaya.blogspot.com/

dan http://www.bahagiasentiasa.blogspot.com

Dapatkan barang keperluan anda disana, sungguh mudah, tak perlu lagi memandu, beratur dan mencari-cari barangan yang diperlukan. Cepat!! sebelum terlambat.


Selasa, Mac 10, 2009

Antara Bandar

Semalam pergi ke Lapangan Terbang untuk hantar isteri aku pi Kuala Lumpur. Perjalanan yang paling sesuai ialah kapal terbang, kalau naik bas lama sangat masa yang diambil. Bayangkanlah bertolak jam 9 pagi 5 atau 6 petang baru nak sampai. Jadi apa salahnya naik kapal terbang, lagipun sekarang kita dah ada pilihan kalau nak murah sikit boleh naik Airasia.

Sebenarnya karenah birokrasi adalah satu pekataan yang kekadang mendengarnya cukup sedap tetapi yang menjadi masalah perlaksanaan memang menjelikkan. Cuba lihat kronologi dibawah:

  • 2 Mac Tarikh surat panggilan (tarikh bertugas 10 Mac) perjalanan 9 mac
  • 3 Mac Tarikh surat di Fax (tarikh yang sama surat diterima, ini sudah pasti)
  • 4 Mac tarikh surat sampai ke jabatan
  • 5 Mac hantar kat BOSS untuk dapat kelulusan
  • 6 Mac 4.55 petang belum keluar dari bilik BOSS (hari ini hari Jumaat)
  • 7 Mac Sabtu/8 Mac Ahad/9 Mac Isnin (cuti) hari perjalanan

Mau tak mau kena beli sendiri tiket, terpaksalah keluar RM sendiri. Tambang pergi balik, teksi, hotel dan makan, banyak juga tu. Harap-harap semuanya dapat buat tuntutan. Kalau tak dapat jawabnya meranalah badan.

Masa kat Lapangan Terbang, aku tengok trend orang kat sini ada sebahagian yang suka letak kereta mereka kat tepi jalan dan bukanya kat tempat parking yang disediakan. Agaknya mereka nak jimat kot. Bayaran masuk letak kerta yang aku bayar tak lah mahal sangat cuma RM1.10 sahaja, jika nak banding dengan KLIA memanglah jauh. Bila aku masuk kat dalam bangunan terminal keadaannya gelap, macam tak ada elektrik, dalam pikiran aku mungkin mereka nak jimat kot. Penerbangan tiba dalam sehari cuma ada 4 sahaja, jadi takkan mereka nak buka lampu 24 jam kot, bagus juga langkah berjimat cermat begini. Ini satu amalan yang baik. Samalah juga dengan mereka-mereka yang suka letak kereta kat luar tadi nak jimat juga.

Kesimpulannya, inilah bezanya berada di kawasan yang jauh dari bandar yang maju seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang. Kehidupan disini amat ringkat sekali, tiada kesesakan jalanraya, tak perlu takut untuk letak kenderaan di tepi-tepi jalan walaupun kat lapangan terbang. Tapi kalau nak naik kapal terbang tak boleh le buat suka hati datang lewat, kalau syarat mengatakan 45 minit mesti dah daftar masuk jangan cuba nak buat macam petugas kauter tu saudara terdekat. Silap-silap tengok asap je le keluar kat ekor kapal terbang tu.

Yang duduk kat bandar-bandar besar tu, marilah balik kerja kat bandar-bandar yang tenang macam Alor Setar dan Kangar ni, sama je. Ini pendapat aku je lah.

Lawatilah http://www.cantikbergaya.blogspot.com untuk mendapatkan barangan idaman ramai

Isnin, Mac 02, 2009

Tahniah Kelab DSK

Pada 28 Februari 2009 bertempat di Mini Auditorium, Dewan Wawasan Jitra, telah berlangsung seminar bertajuk "Wadah Kecemerlangan Kesetiausahaan" yang telah dijayakan oleh kelab DSK Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Merka ni semuanya studen DSK PTSS.

Majlis besar begini kalau kita buat sorang-sorang sure tak berjaya punya, kerjasama amatlah penting, sebab itulah semua dilibatkan. Mungkin DSK 4 yang menjadi peneraju utama, tapi DSK2 pun ada menjalankan tugas mereka juga begitu juga dengan DSK1. Jadi tahniah diucapkan kepada mereka semua. Semoga pengalaman yang diperolehi akan dapat digunakan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang penuh mencabar nanti.

Seperti mana yang pernah di perkatakan, semester ini adalah untuk mencari pengalaman sebanyak mungkin, jadi semester ini bukanlah untuk bersenang lenang (untuk DSK4) kalau boleh jangan balik kampung setiap minggu, isikan hari sabtu dengan aktiviti.

Semoga berjaya.