Sudi-sudilah klik kat sini

Selasa, September 09, 2014

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Bila kita di tempat orang, kita lihat dan perhati dengan teliti sekeliling. Pasti apa yang kita lihat berbeza sama sekali dengan tempat asal kita datang, berbeza dengan tempat yang pernah kita kunjungi. Rumah, tempat kerja, hotel, alam sekitar, manusia, makanan, persekitan dan pelbagai perkara. 

Kadangkala tempat orang lebih baik dari tempat kita, walaupun kita selesa dengan tempat sendiri. Pepatah mengatakan  "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Hakikatnya ada banyak perkara dan contoh yang boleh diambil untuk dibawa balik ke negeri sendiri.

Memang terlalu banyak benda yang lebih baik di tempat orang, itulah yang selalu dirasakan. Adalah elok perkara yang baik kita ambil sebagai contoh, bawa balik dan aplikasikan di tempat kita.