Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, Disember 31, 2009

N17 ke N27

Sebentar tadi dapat email dari Leyana, Pekeliling N17 naik ke N27, (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 tahun 2009) baca tajuk saja dan baca sekali imbas, yang penting ini satu berita gembira bagi ramai bekas Pelajar DSK yang sekarang berkhidmat di Seantero Negara. Tak kiralah dari Poly mana. Tahniah untuk mereka semua.

Yang aku sedih bila nampak saja pekeliling ini ialah, apa nak jadi dengan Diploma SK yang bakal ditukar ke Sijil. Pelik, lucu, sedih dan macam-macam lagilah. Apakan daya aku hanya boleh luahkan kat sini sajalah. Macam anjing menyalak bukit. Nak cakap pun tak guna bukan ada orang nak dengar. Kekadang pelik juga pihak yang membuat keputusan ini, macam orang melangkah berundur kebelakang. Aku ni bukanya macam Mazidul Akmal, seorang yang berani, kalau tak kena dia soud saja. Dia wartawan aku cikgu saja, makan gaji ngan kerajaan, mana boleh. Aku selalu baca blog dia. Aku memang tabik kat dia.

Kawan aku pernah memberi satu teka teki "ada dua orang sorang dari Tambak Johor dan Sorang dari Bukit Kayu Hitam, jalan berundur, dimanakah merka akan bertemu?". Jawapanya ialah Tanjung Rambutan. Sebab mereka sakit. Sakit. Sakit. Sakit.

4 ulasan:

LeEyA berkata...

boss, btol ke DSK akan ditukar kpd SSK.. sbb berdsrkan gaji matrik klu dr poly P1T1 tp, klu uitm P1T5.. adakah krn pengajian 2 tahun wujud perbezaan ini.. n klu sijil msh N27 atau N17?

Taher Kasa berkata...

Tak tahu lah LeEya.. harap-harap tak jadi tukar kepada sijil. Harap-harap dengan adanya pekeliling ini, akan jadi diploma balik. Kesian kat adik-adik, anda semua dah tak ada masalah

LeEyA berkata...

sy baru nk suh adik sy yg baru habis SPM mintak DSK.. itu yg sy jadi takut bila dgr mcm nih.. ape2 hal nnti boss bgtau erh.. smada jadi tukar or tak..

alladiin berkata...

kita menang ke gred n27, cuma jgn lupa part yg kita kalah... skrg stdnt kita kena bersaing dgn stdnt uitm yg kampus berlambak satu Msia utk kerja di JPA. Diorg pun dah diiktiraf utk dpt kerja mcm stdnt kita...

Dari sudut grooming, stdnt uitm mmg jauh ke depan berbanding stdnt kita yg sentiasa di rungutkan oleh byk kementerian...

Kita berdoa je lah yg baik2 utk stdnt kita lepas ni... nnti klu senang, aku buat entry ttg hal ni..